SK Ladang Binuang,
Tersergam Indah Namamu,
Mendidik generasi cemerlang,
Menuju cita gemilang.
Berusaha bekerjasama,
Itulah cogan katamu,
Tak kira masa dan ketika,
Baktimu tetap dicurah
Sekolahku, Sk Ladang Binuang,
Jasamu Terpahat di hati,
Menjadi ukiran di sanubari,
Moga Kekal dan abadi
Saturday, 28 March 2015
Sejarah Penubuhan Sk Ladang Binuang
Sebelum
kewujudan SK. Ladang Binuang, ibu bapa yang bekerja di Ladang Binuang, Ladang
Tingkayu, Ladang Jeleta Bumi, Ladang Mycom, dan ladang-ladang yang berhampiran
terpaksa menghantar anak-anak mereka belajar di SK. Mostyn. Perjalanan yang
jauh ( menjangkau sehingga 40 km ) bukan sahaja meresahkan para ibu bapa malah
membebankan pihak ladang kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk
menyediakan kemudahan pengangkutan. Bertitik tolak daripada masalah ini maka
lahirlah cadangan dan tawaran oleh beberapa buah ladang untuk mendirikan
sekolah. Di antara ladang-ladang yang menawarkan tapak untuk pembinaan sekolah
ialah Ladang Binuang, Ladang Tingkayu dan Ladang Jeleta Bumi.
Walau
bagaimanapun, pihak Jabatan Pelajaran Sabah memutuskan untuk mendirikan sekolah
di kawasan Ladang Binuang kerana kesanggupan pihak Ladang ( Golden Hope
Plantations Berhad ) menanggung 100% kos membina bangunan sekolah. Setelah
melalui beberapa siri perbincangan di antara Pengurus Ladang Binuang yang
dimulai oleh En. Zaki bin Abd. Kadir dengan Pegawai Pelajaran Daerah Kunak (
En. Mansor bin Palullah ) pada 22 April 1994, akhirnya atas komitmen dan
keprihatinan Pengurus Ladang Binuang ketika itu ( Tuan Haji Mohd. Ramlan bin
Haji Ramle ) pada pertengahan tahun 2002 bangunan SK. Ladang Binuang siap
dibina.
Berdasarkan
rekod di Jabatan Pelajaran Sabah, Nama ‘SK. Ladang Binuang’ mula wujud pada
penghujung tahun 1999. ‘ Binuang ’ yang dipetik sempena nama ladang tempat
sekolah ini didirikan dipercayai berasal daripada nama sejenis tumbuhan yang
banyak terdapat dikawasan ini sebelum diterokai. Mula beroperasi pada 09
Februari 2000 dengan jumlah murid 260 orang ( 8 kelas ), 8 orang guru (
termasuk guru besar ) dan 2 orang kakitangan bukan mengajar. Sementara menunggu
bangunannya siap dibina, SK. Ladang Binuang terpaksa menumpang di bangunan SK.
Mostyn dan beroperasi pada sebelah petang.
Berikut
adalah tenaga pengajar dan KTBM selaku perintis di SK. Ladang Binuang.
1. Hasan
bin Kadir ( Guru Besar )
2. Abd.
Ghafar bin Mahmud ( Pen. Kanan 1)
3. Banat
bin Wanie ( Pen. Kanan HEM )
4. Hashim
bin Mutra ( Pen. Kanan Kokum )
5. Abbas
bin Adul
6.
Mutahhara bt. Harapia
7.
Sainaba bt. Muhtar
8. Anna
Fitryana bt. Djubair
9.
Padupai bin Jusrah (KTBM )
10.
Dabnah bt. Sarol ( KTBM )
Subscribe to:
Posts (Atom)